SmartGreen PolyCC

MPCCSUSTAWARD 2020

MPSustAward 2020

MPSustAward 2020 atau Malaysian Polytechnic Sustainable Award 2020, adalah majlis yang memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan serta memainkan peranan yang besar dalam penghijauan/ kemampanan / kelestarian di Politeknik Malaysia. MPSustAward 2020 menggunakan kaedah penjurian Green Project Management® (GPM®), iaitu program Award Mampan untuk mengiktiraf dan mempamerkan pencapaian dan impak kepada individu/projek pembangunan mampan melalui pelaksanaan amalan pengurusan projek mampan (hijau). Program ini mewakili pencapaian di semua benua dunia melalui rangkaian yang merangkumi sekitar 145 negara.

MPSustAward 2020 melibatkan peserta secara individu atau berkumpulan untuk dianugerahkan sebagai projek /individu mampan. Peserta/ kumpulan yang berminat boleh menyertai pertandingan melalui google form di Web Smartgreen POLYCC . Peserta perlu melalui proses saringan dan yang terpilih keperingkat seterusnya akan diberi kursus persediaan penjurian di mana peserta akan didedahkan dengan rubrik penjurian. Kursus persediaan ini telah dikongsi oleh pakar yang bertauliah dari SUSNET, iaitu wakil GPM® Malaysian Chapter. Kursus selama 4 hari dibuat secara maya ini mengetengahkan topik mengenai Pengurusan Projek Mampan dengan pemakaian Rangka Kerja P5 (Produk, Process, People, Planet, Prosperity). Seterusnya peserta akan melalui proses pitching projek masing-masing kepada Juri dan auditor professional untuk mara ke peringkat akhir. Seterusnya, pihak juri akan menentukan kategori award yang akan diterima oleh para peserta yang berjaya. Kategori tersebut adalah :

1. Project of the Year Award Anugerah
Diberikan kepada projek individu/kumpulan yang dapat menunjukan kejayaan yang cemerlang, menyeluruh dan berpanjangan dari perspektif proses, objektif serta memberikan impak yang besar kepada komuniti, persekitaran, dan ekonomi berdasarkan pencapaian kepada 17 SDGs dan 5P.

2. Sustainability Leadership Award Anugerah
Diberikan kepada individu/kumpulan yang menunjukkan pencapaian projek dengan impak kepimpinan melalui projek yang menunjukan kemajuan pembangunan mampan melalui pelaksanaan amalan pengurusan projek mampan / lestari (hijau) untuk kebaikan komuniti.

3. Fundamental Award Anugerah
Diberikan kepada projek kumpulan yang menunjukkan inovasi mampan paling banyak, menepati andragogi yang menggabungkan pengajaran dan pembelajaran mengenai metodologi dan prinsip pengurusan projek teras melalui pendekatan secara langsung.
Semua penyertaan mesti menunjukkan pencapaian keberlanjutan dan diukur berdasarkan garis panduan – prinsip United Nations Global Compact (iaitu berkaitan dengan aspek 5P, merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan, penggunaan metodologi PRiSM dan standard P5. Semua penyertaan dinilai berdasarkan kriteria yang diterbitkan oleh pasukan pakar industri Led Body yang bebas.

Keputusan hakim adalah muktamad.