Pengenalan Anugerah SmartGreen PolyCC

Anugerah SmartGreen PolyCC diwujudkan bagi memberi pengiktirafan kepada institusi yang telah memberikan sumbangan dalam Pembangunan mampan bagi mewujudkan kampus Lestari melalui pelbagai projek dan aktiviti yang berteraskan teknologi hijau dan kelestarian di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Anugerah ini diberikan berpandukan kepada beberapa kategori iaitu;

Kategori 1: Anugerah BluePrint SmartGreen PolyCC (MPCCSustAward)

 
Pengenalan

Pelaksanaan aktiviti TUJUH (7) Bidang Tumpuan (BT) yang perlu dilaksanakan secara seiring dan menyeluruh. Bagi mengiktiraf dan mempamerkan pencapaian dan impak kepada individu/projek pembangunan mampan melalui pelaksanaan amalan pengurusan projek mampan, rubrik mengikut 7 BT seperti berikut:-

BIDANG TUMPUAN 1 (BT1) : PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN

Bidang Tumpuan pertama ialah Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan Kurikulum Hijau, penyelidikan dan penerbitan lestari, pengurusan laporan dan laman sesawang kelestarian, pelaksanaan program kesedaran dan penerapan budaya hijau, serta latihan, perkongsian kepakaran dan pengalaman bagi pelajar dan kakitangan.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Penubuhan Jawatankuasa Pelaksana
2. Pelaksanaan Kurikulum Hijau
3. Penyelidikan dan Penerbitan mampan
4. Pengurusan Laporan dan Komunikasi Mampan
5. Program Kesedaran Dan Penerapan Budaya Hijau
6. Pengiktirafan

BIDANG TUMPUAN 2 (BT2) : PENGURUSAN TENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM

Bidang Tumpuan kedua iaitu Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim melihat kepada pengekalan dan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelapasan karbon. Usaha ini perlu disokong dengan pelaksanaan inisitif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dan latihan dalam aspek pengukuran pengurangan karbon dioksida (CO2) dan lain-lain gas rumah hijau.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Mengukuhkan tadbir urus dalam menangani perubahan iklim
2. Program latihan & peningkatan kesedaran mengenai kesan perubahan iklim secara berskala dan berterusan
3. Pengurangan jejak karbon
4. Amalan dan penggunaan peralatan cekap tenaga
5. Perlaksanaan bangunan rendah tenaga & seni bina pasif
6. Bilangan aplikasi tenaga boleh diperbaharui di kampus
7. Meminumkan pengunaan elektrik & Bayaran Tarif
8. Nisbah jumlah pengeluaran karbon dengan pelajar kampus
9. Penetapan Tanda Aras Energy Used Index (EUI) dan penganugerahan untuk Politeknik dan Kolej Komuniti yang layak
10. Pertandingan amalan terbaik (Best Practices) bagi menangani kesan perubahan iklim

BIDANG TUMPUAN 3 (BT3) : PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN LANDSKAP

Bidang Tumpuan ketiga adalah Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap dengan mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian. Fokus dalam pegurusan landskap pula mamberi tumpuan ke arah memberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan kepelbagaian bio dan landskap terhadap kelestarian alam sekitar serta mewujudkan landskap yang dapat mengekalkan kepelbagaian bio setempat.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Latihan dan kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar dan landskap
2. Pengekalan tumbuhan dan habitat semulajadi
3. Kajian dan Tindakan setempat
4. Pengurusan larian air permukaan
5. Perkongsian maklumat dan data

BIDANG TUMPUAN 4 (BT4) : PENGURUSAN SISA

Bidang Tumpuan keempat memberi fokus kepada Pengurusan Sisa untuk peningkatan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkam penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Program Kitar Semula (Prevent, Reduce, Reuse, Recycle, Treat)
2. Program meminimumkan penggunaan bahan cetak dan plastic
3. Pelupusan sisa organik melalui mesin kompos
4. Pelupusan sisa bukan organik yang tidak boleh dikitar semula
5. Pengendalian dan kawal selia sisa bahan toksik berjadual
6. Pengurusan rawatan sisa air kumbahan

BIDANG TUMPUAN 5 (BT5) : PENGURUSAN AIR

Bidang Tumpuan kelima ialah Pengurusan Air yang melalui peningkatan pengetahuan tentang utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan dan pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Pemantauan penggunaan air semasa
2. Kempen pengetahuan dan amalan pengurangan air
3. Sistem pengumpulan air hujan
4. Sistem kitar semula air

BIDANG TUMPUAN 6 (BT6) : PENGANGKUTAN

Bidang Tumpuan keenam memberi tumpuan kepada Pengangkutan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Perkongsian kenderaan dan penggunaan kenderaan awam dikalangan warga PolyCC
2. Garis panduan pelaksanaan pejalan kaki dan penggunaan basikal
3. Polisi penggunaan kenderaan bagi pengurangan karbon

BIDANG TUMPUAN 7 (BT7) : PEROLEHAN HIJAU

Bidang Tumpuan ketujuh iaitu Perolehan Hijau yang memberi fokus kepada pengenalan dan amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik dan Kojej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Pelaksanaan Training of Trainers (ToT)
2. Penganjuran Latihan
3. Taklimat kepada pembekal dan Supply Chain
4. Perancangan perolehan tahunan
5. Penyediaan laporan prestasi

Penjurian

1. Rubrik BT1
2. Rubrik BT2
3. Rubrik BT3
4. Rubrik BT4
5. Rubrik BT5
6. Rubrik BT6
6. Rubrik BT7

Kategori 2: Malaysia GPM Sustainability Award (GPM Awards)

 

Pengenalan

Anugerah GPM adalah selaras untuk menyokong 17 Matlamat Pembangunan Kelestarian (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf individu dan instititusi serta Organisasi yang telah menyumbang kepada pelbagai projek kelestarian bagi mencapai matlamat pembagunan mampan negara. Pengiktirafan ini diselia dan dinilai oleh Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET), Malaysian Chapter berdasarkan 3 kategori berikut:-

1. Anugerah Projek Terbaik

2. Anugerah Kelestarian

3. Anugerah Asas

Kategori Anugerah

1. Anugerah Projek Terbaik (Project of the Year)

Diberikan kepada projek individu/kumpulan yang dapat menunjukan kejayaan yang cemerlang, menyeluruh dan berpanjangan dari perspektif proses, objektif serta memberikan impak yang besar kepada komuniti, persekitaran, dan ekonomi berdasarkan pencapaian kepada 17 SDGs dan 5P.

2. Anugerah Kepimpinan Mampan (Sustainability Leadership Award)

Diberikan kepada individu/kumpulan yang menunjukkan pencapaian projek dengan impak kepimpinan melalui projek yang menunjukan kemajuan pembangunan mampan melalui pelaksanaan amalan pengurusan projek mampan / lestari (hijau) untuk kebaikan komuniti.

3. Anugerah Asas (Fundamental Award)

Diberikan kepada projek kumpulan yang menunjukkan inovasi mampan paling banyak, menepati andragogi yang menggabungkan pengajaran dan pembelajaran mengenai metodologi dan prinsip pengurusan projek teras melalui pendekatan secara langsung.

Penjurian

Semua penyertaan adalah berasaskan pencapaian keberlanjutan dan diukur berpandukan garis panduan – prinsip United Nations Global Compact menerapkan aspek 5P, penggunaan metodologi PRiSM dan standard P5 dalam memastikan Matlamat Pembangunan Mampan tercapai. Semua penyertaan dinilai oleh pakar yang bertauliah dari SustNET, iaitu wakil GPM Global di Malaysian.

Kategori 3 : UI Green Metric Ranking

 

Pengenalan

UI GreenMetric World University Ranking merupakan satu sistem penilaian kendiri dan berbukti yang dibuat secara atas talian sebagai iltizam pelestarian kampus dan alam sekitar yang diusahakan oleh kampus institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Ianya telah diilhamkan dan dikelolakan oleh Universitas Indonesia (UI) sejak 2010. UI GreenMetric World University Ranking berasaskan Pembangunan Mampan, iaitu keseimbangan antara perkembangan ekonomi, kestabilan sosial dan pemuliharaan alam sekitar.

JPPKK melihat penyertaan dalam UI GreenMetric World University Ranking amat penting kerana ia dapat meletakan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam carta universiti mampan dunia, selari dengan matlamat Blueprint SmartGreen PolyCC yang digariskan sejak tahun 2015 untuk mencapai kecemerlangan PolyCC dan agenda kemampanan.

Kategori Anugerah

World Rangking


Penjurian

UI GreenMetric adalah proses pengumpulan data melalui kaedah atas talian. Jawapan soal selidik perlu dilengkapi dengan pembuktian. Panel Pakar dan penyemak UI GreenMetric akan mengesahkan jawapan berdasarkan bukti yang diberikan oleh peserta. Kategori dan wajaran mata tahun ini ditunjukkan seperti berikut. Penunjuk khusus dan mata yang diberikan ditunjukkan dalam Jadual 3. Setiap penunjuk telah dikenal pasti secara unik oleh kod kategori dan nombor (cth., SI 5).

Dari senarai tersebuti, universiti dengan jumlah skor yang sama akan disenaraikan mengikut penunjuk wajaran tertinggi, iaitu pertama berdasarkan skor Tenaga dan Perubahan Iklim (EC), kemudian berdasarkan jumlah skor untuk Sisa (WS), Pengangkutan (TR) , Pendidikan (ED). Selepas itu, ia akan berdasarkan skor Tetapan dan Infrastruktur (SI) dan terakhir bergantung pada skor Air (WR) nya. Senarai Petunjuk Utama adalah seperti berikut :-

1. Setting and Infrastructure (SI)
2. Energy and Climate Change (EC)
3. Waste (WS)
4. Water (WR)
5. Transportation (TR)
6. Education (ED)