Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa SmartGreen PolyCC

 

Bagi menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan BSGPC yang telah ditetapkan secara sistematik dan efisien  Jawatankuasa  (JK)  Pemandu  SmartGreen  PolyCC  JPPKK  KPM  telah  menetapkan  2 JK utama bagi membolehkan amalan mampan dilaksanakan di politeknik dan kolej komuniti seperti berikut:

  1. Jawatankuasa Induk SmartGreen PolyCC di Peringkat Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
  2. Jawatankuasa  Pelaksana  SmartGreen  PolyCC  di  Peringkat  Institusi  Politeknik  dan  Kolej Komuniti
JAWATANKUASA INDUK

Terma rujukan bagi Jawatankuasa Induk adalah seperti berikut:

  1. Melantik Ahli Jawatankuasa Induk SmartGreen di peringkat JPPKK.
  2. Menentukan dasar dan strategi program pembangunan mampan.
  3. Menetapkan proses dan aktiviti bagi peningkatan amalan program
    pembangunan mampan.
  4. Menyelaras  dan  memantau  usaha  pembudayaan  amalan  pembangunan  mampan.
  5. Menyelaras  program  pengiktirafan  amalan  mampan  sama  ada  dalam  atau  luar negara.
  6. Membangunkan  perkongsian  pintar  dalam  agenda  mampan  di  institusi  bersama pihak industri.
  7. Menasihati pembangunan projek dan pengurusan mampan institusi.

Terma Rujukan JK Pelaksana SmartGreen PolyCC di Peringkat Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti

  1. Melantik Jawatankuasa Pelaksana di peringkat institusi.
  2. Melaksana pembangunan projek dan program mampan.
  3. Membuat  keputusan  atas  cadangan  projek  dan  program  mampan  yang  dikemukakan oleh JK SmartGreen PolyCC.
  4. Memastikan  projek,  program  dan  aktiviti  yang  dirancang  selari  dengan  rangka kerja yang dibangunkan.
  5. Melaporkan perkembangan pembangunan program pembangunan mampan kepada JK Penyelaras.
  6. Memastikan perlaksanaan, pembangunan projek, dan pengurusan  mampan di institusi berjalan lancar.
  7. Mengaplikasi perkongsian pintar dalam agenda mampan di institusi bersama pihak industri.