UI GreenMetric World University Ranking

PENGENALAN
UI GreenMetric World University Ranking merupakan satu sistem penilaian kendiri dan berbukti yang dibuat secara atas talian sebagai iltizam pelestarian kampus dan alam sekitar yang diusahakan oleh kampus institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Ianya telah diilhamkan dan dikelolakan oleh Universitas Indonesia (UI) sejak 2010. UI GreenMetric World University Ranking berasaskan Pembangunan Mampan, iaitu keseimbangan antara perkembangan ekonomi, kestabilan sosial dan pemuliharaan alam sekitar.
JPPKK melihat penyertaan dalam UI GreenMetric World University Ranking amat penting kerana ia dapat meletakan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam carta universiti mampan dunia, selari dengan matlamat Blueprint SmartGreen PolyCC yang digariskan sejak tahun 2015 untuk mencapai kecemerlangan PolyCC dan agenda kemampanan.
KATEGORI RANKING
World Ranking
PENJURIAN
UI GreenMetric adalah proses pengumpulan data melalui kaedah atas talian. Jawapan soal selidik perlu dilengkapi dengan pembuktian. Panel Pakar dan penyemak UI GreenMetric akan mengesahkan jawapan berdasarkan bukti yang diberikan oleh peserta. Kategori dan wajaran mata tahun ini ditunjukkan seperti berikut. Penunjuk khusus dan mata yang diberikan ditunjukkan dalam Jadual 3. Setiap penunjuk telah dikenal pasti secara unik oleh kod kategori dan nombor (cth., SI 5).
Dari senarai tersebuti, universiti dengan jumlah skor yang sama akan disenaraikan mengikut penunjuk wajaran tertinggi, iaitu pertama berdasarkan skor Tenaga dan Perubahan Iklim (EC), kemudian berdasarkan jumlah skor untuk Sisa (WS), Pengangkutan (TR) , Pendidikan (ED). Selepas itu, ia akan berdasarkan skor Tetapan dan Infrastruktur (SI) dan terakhir bergantung pada skor Air (WR) nya. Senarai Petunjuk Utama adalah seperti berikut :-
1. Setting and Infrastructure (SI)
2. Energy and Climate Change (EC)
3. Waste (WS)
4. Water (WR)
5. Transportation (TR)
6. Education (ED)